Tuesday, October 30, 2007

Multimedia

Pengenalan
· Teknologi tinggi pada masa kini.
· Multimedia boleh digunakan oleh pelbagai masyarakat dari latarbelakang yang sangat berlainan
- Dari disiplin kerja dan profesion yang berbeza
- Ada yang teknikal dan yang tidak teknikal (KREATIF)
- Kumpulan hiburan dan pendidikan menerokai aplikasi baru, industri komputer, telekomunikasi, elektronik mewujudkan teknologi berlainan.

Contoh :
- Pengguna komputer mungkin mengguna persembahan multimedia, stesenkerja multimedia, pangkalan data multimedia
- Pembangun multimedia yang terlibat ialah pengarang persembahan, perekabentuk stesenkerja, penyelidik pangkalan data (iaitu dari golongan pembangun yang teknikal dan ada yang dari bidang pengkhususan yang lebih kreatif)

Penterjemahan Langsung
Media - Merujuk kepada satu bentuk interaksi manusia yang bersesuaian dengan perolehan dan pemprosesan menggunakan komputer seperti video, audio, teks, grafik, animasi

Multi - Menandakan beberapa daripada media tersebut wujud dalam sistem atau aplikasi yang sama

Perbincangan Takrifan Multimedia
· Ada banyak pandangan berbeza mengenai takrifan multimedia
· Boleh dikatakan bahwa takrifan perlu diberi berdasarkan konteks

Contoh : Dari aspek
- Aplikasi
- Sistem komputer (perkakasan dan perisian)
- Komunikasi dan rangkaian

Takrifan Multimedia

· Dalam konteks kelas ini, penekanan akan diberi kepada sistem multimedia (perkakasan dan perisian) dan teknologi yang terlibat dalam pengendalian setiap media

· Dalam konteks sistem komputer
- Sistem komputer multimedia yang berkebolehan mengintegrasi dua atau lebih bentuk media dalam satu dokumen elektronik
- Media : Audio, video, animasi, grafik dan teks

Terminologi
· Multimedia
· Information/Maklumat
· Aplikasi – Program komputer yang menyediakan tujuan yang specifik

Cth : Word, Powerpoint, Excel
· Interaktif – Aplikasi dalam kawalan (menyediakan pilihan kepada pengguna)
· Developers (Pembangun) – Orang yang terlibat dalam pembangunan produk multimedia
· User (Pengguna) – Biasa disebut End-User. Individu ataupun kumpulan yang menggunakan produk multimedia
· Authoring tools (alat pengarangan) – Perisian yang digunakan untuk membangunkan produk multimedia
· Produk – Produk multimedia yang lengkap dibangunkan di mana boleh digunakan kan oleh pengguna

Teknologi Multimedia
· Kewujudan sistem dan perkhidmatan multimedia bergantung kepada kemajuan dalam
1. sistem senibina komputer
2. sistem pengoperasian
3. komunikasi rangkaian
4. teknologi perisian
5. antaramuka

Contoh
- Pemproses ‘integrated-circuit’ digital murah dan chip memori yang cukup pantas bagi mengendali kesemua media dalam bentuk digital
- Cakera murah dengan muatan yang mencukupi bagi menyimpan kuantiti yang sesuai bagi semua media
- Penghantaran data melalui komunikasi rangkaian bukan sahaja melalui fiber-optik malah kabel televisyen biasa, dawai telefon dan sebagainya

Bidang-bidang penggunaan aplikasi Multimedia
· Penggunaan multimedia terhadap pengguna
- Penyelidikan dan bahan rujukan
- Pendidikan
- Hiburan dan permainan
- Tele-pemasaran

· Penggunaan multimedia terhadap pengeluar atau pengedar
- Kiosks
- Penghantaran maklumat rangkaian
- Jualan dan persembahan
- Simulasi dan latihan
- Penerbitan elektronik

· Penggunaan multimedia terhadap pekerja
- Pangkalan data multimedia
- Visualisasi data
- Groupware
- Komunikasi

No comments: